Info
Game
e-Book
Iklan
Feedback Form
Delivery Form

Category

 

 Salam Perkenalan Daripada Kedah2U.com

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya Muhammad Hj.Abdullah, selaku Pegawai Pemasaran di syarikat 19Global Trading yang beroperasi di Alor Star. Saya bertanggungjawab dalam membina laman ini dan bertugas untuk memantau perkembangan laman ini dari masa ke semasa.

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika terdapat mana-mana bahagian daripada laman saya ini yang tidak disenangi oleh oleh anda. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt., manakala segala yang buruk itu adalah daripada kesilapan manusia sendiri. Alhamdulillah, dengan berbekalkan sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat, Rawatan Tradisional, Sains Kesihatan serta kajian tentang khazanah semulajadi alam, saya berharap dapat membantu anda dalam merawat penyakit,

 

meningkatkan kesihatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan izin daripada Allah swt.

Semoga dengan muamalat di antara saya dan anda juga akan diberkati oleh Allah swt. di dunia hingga ke akhirat, kerana setiap amalan yang baik itu walaupun amat kecil pada tanggapan manusia, akan membolehkan kita mengundang rahmat Allah swt. dan dengan izinNya akan diambil kira untuk kita memasuki syurga Allah swt. Sesungguhnya kita tidak layak memasuki syurga Allah swt. melainkan dengan keampunan dan rahmat daripadanya.

Sekian, Jazakallah.

MUHAMMAD
19GLOBAL TRADING
NO.16, JLN.STADIUM
05720 ALOR STAR

 


+ Enlarge

Sejarah 19Global Trading

Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1997 dengan nama asalnya iaitu 19Shadow Enterprise. Pada asalnya syarikat ini menjalankan perniagaan menjual dan membaiki komputer serta peralatan komputer. Setelah beberapa tahun syarikat ini berkecimpung dalam bidang perniagaan, ia mula diperkembangkan dengan mempelbagaikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Oleh kerana syarikat ini lebih menjurus kepada kegiatan perdagangan, nama syarikat ditukarkan daripada enterprise (perusahaan) kepada trading (perdagangan)

   

Sejarah Kedah2U.com

Saya mula memasarkan beberapa produk yang bersesuaian dan berpotensi ke dalam jaringan internet pada Januari 2006. Setelah dipersetujui oleh pihak pengurusan syarikat, saya telah dibenarkan membina laman ini dengan dibantu oleh rakan-rakan saya yang juga kakitangan 19Global Trading bagi memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda melalui layaran internet. Dengan ini, terciptalah laman Kedah2U.com yang dilancarkan secara rasmi pada hari Jumaat, 1 Sya'aban 1427 Hijrah bersamaan 25 Ogos 2006.

 

Matlamat Kedah2U.com

  • Melakukan sesuatu demi keredhaan Allah swt
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda
  • Membantu anda mencapai tahap kesihatan yang unggul
  • Membantu anda sembuh daripada penyakit yang anda hadapi
  • Menjana impian anda supaya lebih cemerlang dalam kehidupan
  • Memperkenalkan teknologi terkini yang bermanfaat kepada anda
  • Menggalakkan anda menjimatkan wang dengan kaedah yang bijak
 

Wawasan Kedah2U.com

Menjadi rakan baik kepada anda dan semua pengguna internet dari seluruh dunia

 

Thank you for your visit. This website was Copyright © of 19Global Trading. All Rights Reserved.