|
PENAMPAKAN TANDUK IBLIS DI WAKTU SENJA
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis "
Penerangan :
Melengah-lengahkan Solat Asar sehingga hampir masuk waktu Solat Maghrib
Kewajiban Menjaga Waktu Solat
Sembahyang fardhu lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib
ditunaikan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Kewajipan tersebut tidak
boleh diabaikan atau dicuaikan. Oleh kerana itu, kita hendaklah
melaksanakan ibadat sembahyang dengan baik dan sempurna, termasuklah
dalam menjaga waktu sembahyang.
Menunaikan sembahyang fardhu itu lebih afdhal dilakukan pada awal waktu
walaupun sembahyang Isya’, menurut pendapat yang muktamad.
Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya :
Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya,
apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? Baginda menjawab :
“Sembahyang pada awal waktunya”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Hadits-hadits lain yang menerangkan kelebihan awal waktu itu, sebagaimana
hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu
katanya :
Maksudnya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam tentang amalan-amalan yang lebih disukai oleh Allah Ta‘ala ?
Sabda Baginda : Sembahyang pada waktunya. Aku (‘Abdullah) bertanya :
“Kemudian apa ? Sabda Baginda : “Kemudian berbuat baik kepada ibu
bapa. Aku bertanya: “Kemudian apa ? Baginda bersabda : “Kemudian jihad
pada jalan Allah”
(Hadits riwayat Muslim)
Keburukan Melengah-lengahkan Solat
Itulah fadilat dan kelebihan bagi orang-orang yang menunaikan sembahyang
pada awal waktu, akan tetapi bagaimana pula hukumnya bagi orang yang
melambat-lambatkan sembahyang ?
Hukum Melambat-lambatkan Sembahyang
Harus menangguhkan sembahyang fardhu dari awal waktunya, akan tetapi
wajib berazam untuk menunaikan sembahyang itu di dalam waktunya.
Walaupun harus menangguhkan sembahyang itu setelah berazam, akan
tetapi haram melambat-lambatkannya sehingga ke suatu waktu yang tidak
cukup masa untuk memenuhi semua rukun yang fardhu dalam sembahyang.
Hal ini disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Orang-orang yang bersembahyang pada waktunya dan menyempurnakan wudhunya,
menyempurnakan (tegak) berdirinya, menyempurnakan khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya,
maka sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan putih dan cemerlang.
Sembahyang itupun berkata :
“Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku
(memperelokkan kelakuan sembahyang itu)”
Tetapi sesiapa yang bersembahyang tidak dalam waktunya yang ditentukan dan
tidak pula memperelokkan wudhunya, khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka
sembahyang itupun naik (ke langit) dalam keadaan hitam legam sambil berkata :
“Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku”.
Sehinggakan setelah sembahyang itu berada di suatu tempat sebagaimana yang
dikehendaki oleh Allah, lalu iapun dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang
koyak-koyak kemudian dipukulkanlah ke mukanya”.
(Hadis riwayat Al-Thabarani)
Untuk membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)
|
|
|
|