| Author |
Topic  |
|
|
admin
Malaysia
56 Posts |
Posted - 10/08/2007 : 16:23:13
|
| Ramai yang tersalah erti tentang Islam dengan menganggap Islam hanya berada di masjid, semasa menunaikan ibadat wajib, ketika menunaikan haji, sewaktu menghadiri majlis tahlil, pengkebumian dll. dan ramai yang mengasingkan Islam daripada proses kehidupannya. Sebenarnya Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W adalah meliputi seluruh cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah swt bagi hamba Nya yang ingin selamat dari azab di Akhirat kelak. Namun, para bijak pandai dan lulusan tinggi dalam jurusan agama sekarang ramai yang menidakkan kebenaran malah memutarbelitkan fakta yang sebenar demi kepentingan sendiri. |
Muhammad Kedah2U |
|
|
admin
Malaysia
56 Posts |
Posted - 10/08/2007 : 16:36:19
|
Baru-baru ini kita digegarkan oleh ancaman bencana Tsunami dengan bacaan skala yang lebih kuat berbanding peristiwa yang lepas. Mungkin inilah balasan kepada kita yang asyik bergembira sehingga mengabaikan larangan Islam serta ibadat wajib. Apabila bala Allah swt diturunkan, semua yang terlibat iaitu orang-orang yang bersalah serta orang-orang terkecuali tetapi tidak berusaha untuk menegah perbuatan orang-orang yang mungkar juga turut menerima azabnya. Banyakkanlah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt dengan segera. Islam tidak melarang kita untuk berseronok, tetapi mestilah tidak melampaui batas-batas agama yang telah digariskan untuk kepentingan manusia sendiri.
Kita sendiri telah banyak melihat yang perbuatan manusia melanggar hukum-hukum Allah swt hanya akan mengakibatkan kerosakan kepada diri sendiri dan orang yang lain. Allah swt langsung tidak merasa rugi atau terjejas dengan sikap angkuh kita membantah perintahnya dan bila bala Nya dikirimkan, mungkin sudah terlambat untuk kita bertaubat. |
Muhammad Kedah2U |
 |
|
|
Shahidan
4 Posts |
Posted - 11/22/2007 : 21:54:09
|
| Susah jugak tu, kalau kita tak halang maksiat & kemungkaran, sekali dengan kita kena. Habis tu, ada tak cara lain untuk elakkan dari ditimpa bala akibat perbuatan orang lain yang tak bertanggungjawab ? |
Mohd.Shahidan Shamisha Utama Sdn.Bhd |
 |
|
|
admin
Malaysia
56 Posts |
Posted - 11/25/2007 : 20:31:15
|
Jangan khuatir En.Shahidan, setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya begitu juga dalam menghadapi bala Allah swt. Terdapat beberapa ikhtiar yang boleh diamalkan untuk menghindari daripada bala disebabkan kemungkaran yang dilakukan oleh masyarakat sekarang seperti : 1. Tidak meredai & membenci kemungkaran & maksiat yang dilakukan oleh masyarakat. 2. Menjauhi & boikot semua perkara yg berunsur maksiat, judi, mendedah aurat, melalaikan dll 3. Banyakkan bersedekah kpd yg memerlukan walaupun sedikit kerana sedekah boleh menjauhkan bala 4. Menghormati semua makhluk Allah swt spt binatang, tumbuhan, batu-batan, pasir, air dll 5. Menunaikan semua ibadat wajib sbg tanda syukur kpd nikmat & peluang yg diberikan Allah swt 6. Banyakkan berdoa kepada Allah swt supaya maksiat, kemungkaran & kezaliman akan dihapuskan
InsyaAllah, kita akan selamat dengan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tetapi jangan salah faham, hanya yg tidak berdaya untuk menghalang kemungkaran, maksiat & kezaliman sahaja yang boleh berbuat demikian. Bagi yang berkuasa, mampu dan berdaya, wajib mencegah kemungkaran, maksiat & kezaliman yang berlaku dengan sedaya upaya.  |
Muhammad Kedah2U |
 |
|
|
shadow
Malaysia
4 Posts |
Posted - 12/09/2007 : 09:46:13
|
As'kum En.Muhammad,
Saya ingin tahu, kegiatan jemaah tabligh tu, boleh percaya ke ? Kenapa semua orang suka melarikan diri bila terserempak dengan jemaah tabligh ? Apa yang mreka buat ? |
Black Shadow |
 |
|
|
admin
Malaysia
56 Posts |
Posted - 12/09/2007 : 12:32:20
|
W'salam w.w, Terima kasih di atas pertanyaan tuan. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bidang soal jawab agama. Tetapi saya mengetahui sedikit-sebanyak tentang Jemaah Tabligh kerana saya juga pernah menyertainya semasa muda.
Banyak orang tersilap dengan memandang serong kepada para Jemaah Tabligh dan dalam masa yang sama, terdapat juga kekurangan pada ahli-ahli Jemaah Tabligh itu sendiri.
Objektif utama Jemaah Tabligh adalah amat murni dan amat penting sekali dalam sesebuah masyarakat Islam, iaitu mengajak saudara-saudara Islam yang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan balik ke jalan yang benar bagi yang telah 'terlalai' mengikuti jalan untuk ke neraka.
Jemaah Tabligh akan mengajak semua lelaki dewasa untuk bersama-sama mengerjakan solat berjemaah dan mendengar taklimat yang akan membincangkan tentang perjuangan untuk mengembalikan masyarakat ke jalan yang diredhai Allah swt. Memang amat bagus jika kita dapat meluangkan sedikit masa menyertai mereka apabila mereka singgah di kawasan kediaman kita.
Pada akhir zaman ini, berapa ramai sangat yang ingin memperjuangkan keagungan agama Allah swt ? Berapa ramai yang sanggup untuk menginggalkan keluarga buat sementara waktu untuk menyertai jemaah yang akan bergerak untuk memberi kesedaran kepada umat-umat Islam yang lain ?
Terus terang saya akui, saya sendiri tidak sanggup melakukannya apabila setelah berkeluarga. Ianya memerlukan kekuatan iman dan ketaatan yang kuat kepada Allah swt. Oleh itu, kita sebagai Hamba Allah swt yang lemah iman serta kurang melakukan perngorbanan kepadaNya, hendaklah menghormati mereka. Janganlah mencemuh atau melarikan diri daripada mereka.
Allah swt amat suka hamba-hambanya yang melakukan sesuatu secara berjamaah (bekerjasama dalam satu kumpulan). Oleh itu, pada Jemaah Tabligh, mungkin terdapat banyak rahmat yang akan diberikan oleh Nya samada di dunia atau di akhirat kelak. Jika kita menyambut kehadiran mereka dengan penuh rasa hotmat kerana Allah swt, tidak mustahil bahawa Allah swt akan melimpahkan rahmatnya kepada kita juga walaupun kita tidak berupaya menyertai perjuangan mereka.
Jika mereka datang berjumpa kita dan mengajak untuk bersama menunaikan solat jemaah, sambutlah dengan baik dan ucapkanlah InsyaAllah walaupun kita keberatan untuk menyertainya. Ini bagi menjaga hati mereka dan mengalah kepada kelemahan iman kita kepada Allah swt.
Di samping itu, Jemaah Tabligh juga akan mengajak kita untuk lebih mengenali dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Memang kita boleh mendengar ceramah melalui penceramah, tv, radio atau cd. Tetapi ianya tidak sama apabila kita bersama-sama dalam satu jemaah untuk beristikaf di masjid atau surau, menjauhkan diri daripada kesibukan kerja serta keluarga buat sementara waktu (minimum 3 hari, maksimum 3 bulan) yang memberikan kesan yang lebih mendalam kepada rohani kita.
Dan banyak lagi kebaikan Jemaah Tabligh sebagai pejuang Islam di akhir zaman ini. Rasulullah saw sering manyebut tentang saudara-saudaranya membuatkan para sahabat kehairanan kerana Rasulullah saw memanggil mereka sebagai 'sahabat', bukannya 'saudara'. Apabila para sahabat bertanya, Baginda pun menjelaskan bahawa yang dimaksudkan 'saudara' baginda adalah umat-umatnya di akhir zaman yang menyambug perjuangannya untuk mempertahankan agama Allah swt dan menghidupkan sunnah-sunnah yang ditinggalkannya walaupun mereka langsung tidak pernah bersua dengannya. Oleh itu, Rasulullah saw amat menghargai 'saudara-saudaranya' yang masih berdikari dan berjuang tanpa pimpinan daripadanya secara terus.
Oleh itu, kita yang kurang melakukan pengorbanan untuk memperjuangkan agama Allah di akhir zaman ini hendaklah menghargai usaha mereka yang sanggup melakukanya.
Ada juga tentang kepincangan yang berlaku di kalangan ahli jemaah sendiri. Ada segelintir ahli jemaah yang mengabaikan keupayaan mereka untuk meninggalkan keluarga terutama isteri, anak-anak dan ibu-bapa yang telah uzur. Ada juga yang tidak meninggalkan keluarga mereka dalam keadaan terurus iaitu sempurna bekalan untuk ditinggalkan, sihat sejahtera, selamat daripada pelbagai ancaman dan sanggup melepaskan mereka untuk menyertai jemaah. Ini kerana dalam keadaan tertentu, isteri, anak-anak dan ibu-bapa yang telah uzur adalah lebih memerlukan mereka untuk berada disamping mereka.
Walaubagaimanapun, kita harus menghormati para Jemaah Tabligh yang hadir ditempat kita. Jika kita tidak berupaya untuk turut menyertai perjuangan mereka, cubalah memberi sumbangan wang ringgit, makanan atau sekurang-kurangnya sedikit galakan kepada mereka. InsyaAllah, jika Allah swt tergerak hati dengan perbuatan kita itu, mungkin kita juga akan mendapat balasan pahala seolah-olah turut sama berjuang bersama mereka.
Saya masih ingat salah satu kisah yang saya perolehi semasa penyertaan pertama saya dalam Jemaah Tabligh saya yang pertama. Ia mengisahkan tentang Nabi Allah Irahim as yang sedang dibakar hidup-hidup oleh orang-orang kafir.
Seekor burung But-But kelihatan bersusah payah berulang-alik membawa sedikit air di dalam paruhnya untuk dituangkan ke atas api yang sedang marak membakar baginda. Malaikat yang berada di situ pun kehairanan melihat tingkah laku burung tersebut lalu bertanya :
Malaikat : Apakah yang engkau sedang buat wahai burung yang kerdil ? But-But : Aku sedang cuba untuk memadam api yang membakar Utusan Allah swt ini Malaikat : Bagaimanakah air yang sedikit itu akan dapat memadamkan api yang sebesar itu Malaikat : Tidakkah engkau terasa bahawa usahamu itu hanya sia-sia belaka ? But-But : Aku tahu, tetapi aku takut apabila berjumpa Allah swt di akhirat kelak, apabila Allah swt bertanya kepadaku, ‘Apakah yang engkau lakukan semasa Utusan Aku sedang dianiayai oleh orang-orang kafir ?’ maka sekurang-kurangnya aku boleh menjawab bahawa hanya inilah yang terdaya aku lakukan untuk menyelamatkan Nabi Allah Ibrahim as.
Begitulah perjuangan seekor haiwan yang kecil yang tidak berkuasa seperti manusia dan kisahnya menjadi patut menjadi pengajaran kepada seluruh manusia yang langsung tidak melakukan apa-apa untuk membuktikan kesungguhan memasuki Syurga Allah swt serta mengelakkan diri daripada seksaan Neraka yang amat dahsyat.
Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...
 |
Muhammad Kedah2U |
 |
|
|
ARE-RIF
Malaysia
1 Posts |
Posted - 10/19/2009 : 11:59:56
|
| Assalamualaikum....saya ingin menanyakan, mengapa manusia suka memandang serong tentang perihal orang lain...saya rasa amat tertekan kalau hidup macam nie..apakah yang patut saya lakukan.. |
 |
|
|
admin
Malaysia
56 Posts |
Posted - 12/16/2009 : 10:03:20
|
BismillahirRahmanirRahim & W'salam w.w
Sebenarnya manusia yang kurang ilmu dan rendah imannya sahaja yang mudah memandang serong kepada orang lain tanpa sebab yang munasabah. Dan hendaklah diketahui bahawa golongan seperti ini adalah majoriti dan golongan yang benar-benar beriman pula hanyalah minoriti. Bagi mereka yang singkat akal serta imannya ini, memang mudah memandang serong terhadap orang lain.
Tetapi kita juga perlu menjaga kelakuan serta penampilan kita agar tidak menimbulkan syak kepada masyarakat. Yang dimaksudkan menjaga kelakuan dan penampilan tersebut adalah seperti berikut :
1. Menjaga akhlak dan adab sebagai orang Islam 2. Beribadat dengan sederhana apabila ada orang di sekeliling 3. Berpakaian menutup aurat, tertib, sopan dan bersih 4. Elakkan daripada melakukan sesuatu yang mencurigakan 5. Sentiasa memohon perlindungan dan berdoa kepada Allah swt
Jika tidak keberatan, boleh tuan ceritakan kenapa tuan dipandang serong ? Mungkin kita boleh bersama-sama mencari penyebabnya dan dapat membuat kesimpulan yang lebih baik, InsyaAllah
|
Muhammad Kedah2U |
 |
|
| |
Topic  |
|
|
|