Kisah Seram Benar, Rekaan, Lucu dll
Kisah Seram Benar, Rekaan, Lucu dll
Home | Profile | Register | Active Topics | Members | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
 All Forums
 Koleksi Kisah Misteri, Seram, Cerita Hantu dll
 Kisah Seram yg Benar-Benar Berlaku
 Disihir dengan Saka Belaan India
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

yanie

1 Posts

Posted - 02/04/2010 :  02:09:00  Show Profile  Reply with Quote
Saye ada kedai makan. Namun pendengki ada banyak. Macam-macam saya pernah kena. Saya, suami dan anak hidup tak tenteram. Pendapatan merosot. Pekerja bergaduh sesama sendiri. Bila pergi berubat, semua cakap jiran kedai saya (India) main mandrem. Dia juga ada belaan. Bila pagi pelbagai warna air dia siram. Bila terlangkah saya sakit. Pelbagai jenis pendinding saya guna. Dari ayat quran ke amalan pun tidak lut. Sape yang ada orang boleh bantu saya sila email saya di izan.sari@yahoo.com. Jangan bagi orang yang minta duit sahaja, hasilnya hampa dahla. Banyak kali saya terkena dah. Kepada teman-teman semua bantulah saya. Belaan dia amat kuat. Boleh makan darah.

admin

6 Posts

Posted - 04/26/2010 :  16:07:24  Show Profile  Visit admin's Homepage  Reply with Quote
BismillahirRahmanirRahim dan Salam,

Harap Puan bersabar dan yakin dengan Kuasa Allah swt. Telah banyak kes seperti yang pernah saya hadapi. Malah lebih ramai yang menerima nasib yang lebih buruk.

Tetapi jangan kita putus asa, Allah swt tetap akan membantu apabila tiba masanya atau kena caranya.

Ramai yang tersalah faham apabila mendapat hasil yang tidak memuaskan apabila mengamalkan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Doa atau Amalan-Amalan yang dianjurkan oleh Allah swt.

Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri, jika keadaan hampa seperti ini kita hadapi, harus difikirkan semula, ada kemungkinan bahawa kepincangan yang berlaku adalah berpunca daripada kita sendiri.

Musibah yang menimpa manusia adalah terbahagi kepada beberapa bentuk :
1. Ujian untuk meningkatkan tahap Iman dan Sabar
2. Sebagai Kifarat kepada Dosa-Dosa yang dilakukan
3. Bala kerana membangkitkan kemurkaan Allah swt

Oleh itu, banyakkanlah berdoa memohon perlindungan serta keampunan daripada Allah swt ketika ditimpa musibah. Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.


Muhammad Kedah2U
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Kisah Seram Benar, Rekaan, Lucu dll © 19Global Trading. All Rights Reserved Go To Top Of Page
Snitz Forums 2000