MESIN AIS-KRIM GOYANG (MESIN AIS KRIM MAGIK)
Mempekenalkan mesin ais-krim mini yang mampu menjana pendapatan tambahan anda. Cukup mudah diselenggarakan dan hanya memerlukan modal yang minima ( penyediaan bahan-bahan mentah ), anda mampu menjalankan perniagaan ais krim mini ini sepanjang hari. Dan yang paling penting, ia tidak menggunakan tenaga elektrik.

mesin ais krim mini ini tidak memerlukan kuasa elektrik
Bayangkan sekali penyediaan ais mini ini adalah sebanyak 100 batang ais dan ianya siap untuk dijual dalam tempoh masa 5-10 minit dan anda boleh menjualnya dengan harga RM0.50 sebatang atau mengikut perkiraan anda.
Anda boleh pelbagaikan perisa ais-krim anda seperti milo, perasa oren, limau, anggur, strawberi, sarsi atau pelbagaikan warna dan sebagainya. Anda mampu menjana keuntungan lumayan dengan peluang perniagaan baru ini.
Kelebihan Mesin Ais-Krim Goyang :
- Modal minima tetapi pulangan lumayan
- Mudah dibawa ke mana sahaja
- Tidak memerlukan punca elektrik
- Keuntungan jualan melebihi 200%
- Mudah dan ringkas untuk dikendalikan
Apa yang anda boleh lakukan dengan mesin aiskrim mini ?
1. Jika anda tiada masa untuk melakukan perniagaan ini, anda boleh sewakan kepada mereka yang berminat dengan harga RM20-RM25 bergantung kepada pasaran setempat. Jika berjaya sewakan 2o hari/RM20 per hari, pendapatan anda adalah RM400 sebulan. Setiap hari anda hanya perlu perlu mengutip wang sewaan mesin anda sahaja.
2. Anda boleh menjual sendiri aiskrim mini ini di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Lebih sesuai jika kawasan tersebut sentiasa dikunjungi ramai kanak-kanak. Keuntungan bersih yang bakal anda perolehi, boleh melebihi 200%. Mesin ini mampu menghasilkan 500 batang aiskrim. Bayangkan keuntungan yang bakal anda perolehi.
3. Anda juga boleh menyewakannya kepada mereka yang mengerjakan majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin, hari terbuka keluarga dan sebagainya. Anda sewakan pada harga RM50 untuk mesin dan upah buruh untuk membantu menyediakan aiskrim. Semua bahan-bahan pihak majlis yang sediakan. Anda hanya sediakan mesin ini dan diri anda.
4. Anda juga boleh menjual aiskrim mini ini dari rumah. Bagaimana ? Anda boleh jual secara pek dalam kuantiti 8 batang/pek dengan harga RM3 atau 5 batang/pek dengan harga RM2. Anda pek dan simpan aiskrim dalam peti sejuk anda. Anda cuma keluarkan bila ada permintaan. Lihat gambar ini, anda boleh pek yang lebih sesuai berbentuk selinder atau plastik kontena yang lebih menarik.

contoh ais krim yang dihasilkan
Sebenarnya anda boleh lebih kreatif dalam memasar atau mempromosikan aiskrim ini mengikut kesesuaian di tempat anda seperti membuat promosi percuma dengan hanya membelanjakan RM50 sahaja. Saya hanya memberikan idea bagaimana untuk menambahkan pendapatan anda.
Contoh Kos Penghasilan 500 Batang Ais Krim
Air berperisa 1.5 liter F&N X 15 botol X RM2.60per botol = RM39
Ais Kiub 1 bag besar berharga RM4/RM5
Garam 7kg X RM0.70 per kilo = RM4.90
Lidi sate 1 pek (lebih 500 batang/1000batang) = RM4.10
Jumlah kos = RM53 untuk penyediaan 500 batang aiskrim mini
Katakan 500 batang anda pek menjadi 8 batang per pek = 62 pek
Setiap pek (8 batang/pek) berharga RM3 : 62 pek X RM3 = RM186
Berapakah keuntungan anda jika anda berjaya menjual kesemuanya ?
Jumlah jualan RM186 - Kos RM53 = Untung Anda RM133 iaitu 250%

menjana pendapatan lumayan dengan bijak
Anda cuma perlu buat sasaran jualan 10 pek sahaja sehari bersamaan RM30. Dalam dua hari anda mendapat semula modal anda dan pendapatan seterusnya adalah semata-mata keuntungan. Jika anda tinggal di taman perumahan yanga ramai kanak-kanak, rumah pangsa yang ramai orang adalah suatu kelebihan buat anda.
Macam-macam gelaran kanak-kanak berikan ada yang panggil ais-krim goyang, ada yang panggil ais-krim magik. Itulah gelagat kanak-kanak bila melihat atau merasai ais-krim ini.
Seorang peniaga ais-krim ini di Padang Kota, Penang berkata sambutannya begitu hebat sekali dan beliau berjaya menjana keuntungan lumayan setiap hari.
Apa tidaknya, dengan modal penyediaan yang rendah, mudah dikendalikan, tidak memerlukan punca kuasa elektrik atau bateri, dan bancuhannya pula agak pantas menjadi ais-krim. Anda boleh pelbagaikan perisanya mengikut selera anda.

Ini merupakan gambaran sebenar mesin ais-krim mini yang berkapasiti 100 batang
Harga Jualan Mesin AisKrim Mini
RM1588 sahaja
Untuk Sebarang Pertanyaan & Tempahan
En.Amin Ariffin
Tel : 012-507 3007 / 018-660 7632
|
|