PASSTECH :: BAJA SEMBURAN PELBAGAI GUNA
Dirumus khas daripada bahan Makro dan Mikro untuk tanaman saka dan jangka pendek.
Sesuai juga digunakan untuk tanaman di kawasan tanah tinggi dan beriklim sejuk.
Mengandungi unsur-unsur nutrien ( pemakanan ) seimbang untuk pelbagai jenis tumbuhan samada untuk tanaman komersil atau hiasan.
Diperkaya dengan Asid Amino dan Asid Humic bagi meransang pertumbuhan akar benih pokok semaian,
memperbaiki struktur tanah, mempercepatkan kadar tumbesaran tanaman dan meningkatkan hasil ladang.
Kesannya amat ketara dan telah terbukti berkesan apabila digunakan oleh para petani di kebun buah-buahan, sayur-sayuran,
pesawah di sawah bendang dan para peminat tanaman hiasan ( lanskap ).
Keistimewaan Baja Siraman PASSTECH
> Berkesan pada semua jenis tanaman
> Berasaskan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia
> Meningkatkan hasil tanaman kebun anda diantara 30% hingga 50%
> Menguatkan daya tahan tanaman terhadap pelbagai jenis penyakit
> Mengawal musuh tanaman ( serangga perosak ) dan serangan penyakit
> Memanjangkan jangka hayat tanaman dan tempoh pengeluaran hasil ladang
> Ekonomi dan lebih menjimatkan berbanding baja tanaman yang lain
> Mengekalkan kesuburan dan kestabilan tanah secara semulajadi
> Boleh digunakan bila-bila masa dan sesuai pada semua keadaan
> Menjimatkan tenaga pekerja dengan jadual kerja yang minima
> Selamat digunakan dan bebas bahan kimia
|