|


|
Terima kasih di atas kunjungan tuan / puan ke laman ini.
Di sini disediakan pelbagai maklumat tentang penyakit kencing manis dan kaedah untuk merawatnya
dengan ramuan berasaskan herba 100%. Setakat ini, kemujaraban rawatan ini telah terbukti setelah
ramai pesakit tahap kritikal telah berjaya mengelakkan kaki atau jari kaki mereka dari dipotong
dengan pengamalan ramuan herba tradisional ini sejak bertahun-tahun dahulu.
Mungkin maklumat yang ingin kami sampaikan di sini sedikit sebanyak akan membantu tuan / puan
atau seseorang yang tuan / puan kenali dalam penyembuhan penyakit kencing manis samada pada hari
ini atau pada masa yang akan datang.
|

Maklumat Penyakit Kencing Manis
( hanya perlu klik pada tajuk-tajuk di bawah )
|
|
|

Pendahuluan
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu,
Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah
digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap
kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air,
dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air
kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut.
Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang
pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang
kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan
hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan
glokos dalam darah.
Apakah Insulin ?
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets
( kepulauan kecil ). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan
glukos dalam darah menembusi dinding sel.
Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Diabetes bersandar insulin
2. Diabetes bebas insulin
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
4. Diabetes bentuk lain
Diabetes bersandar insulin
Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes
awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin,
tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak
singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga
dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang
menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan
metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis
menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi
badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang
menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada
tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja
yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan
pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan
dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing
manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik,
dan alam sekeliling.
Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat
Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan
masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai
penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi
diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes
bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak
berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan
masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran
mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai
orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.
Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum
makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam
sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak
mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan.
Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah
suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan
kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan
buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.
Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil
atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali
sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh
diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.
Diabetes bebas insulin - jenis kedua
Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai
diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing
manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin
(jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak
menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin
meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada
kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku
seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan
glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas
insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan
golongan remaja di Malaysia
Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos
yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika
hamil sering didapati di kalangan orang Amerika
keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil
juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari
keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan
rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan
kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95%
kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap
diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika
hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5
hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi
mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
Diabetes bentuk lain Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik
(peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan,
jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga
5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.
Masalah Pengidap Kencing Manis
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius.
Antara kesannya ialah :
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin Ahmar (strok)
- Sakit saraf atau "mati pucuk"
- 'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk
Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin
berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah,
antaranya adalah :
- Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia.
Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
- Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia.
Ini
mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.
Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :
- Cemas
- Berdebar-debar
- Berpeluh
- Menggeletar
- Terasa lapar
- Terkeliru
- Penglihatan kabur
- Pening lalat
- Tidak sedarkan diri
Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :
- Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam
- Kerap terasa haus
- Muntah-muntah
- Badan semakin kurus
- Koma
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak
Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala
sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai
tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya
untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda
atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga
pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang.
Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing
manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat.
Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar
pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.
Masalah yang sering dihadapi ibu bapa
Apabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh,
mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku
disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa
perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan
pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.
Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat
dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan
seperti individu normal.
Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada
ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki
anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.
Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan
anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan
paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan
tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit
jantung, tekanan
darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah
pinggang
|

|
|
|
|
|